Friday 16 September 2011

Anang tangguh lamar Ashanty

ANANG dan Ashanty tidak jadi berkahwin pada 28 September ini.

PASANGAN Anang Hermansyah memang merancang untuk melamar Ashanty pada 28 September ini. Bagaimanapun hasrat tersebut dibatalkan kerana mereka terikat dengan komitmen kerja dan berkaitan adat yang berlainan.

“Memang dia mahu melamar saya pada 28 September ini, tapi ada pekerjaan yang lebih besar untuk kita dahulukan.

“Kemudian terdapat perbezaan adat antara keluarga saya dan keluarga dia, jadi kami harus tangguhkan ia dahulu,” ujar Ashanty yang tidak tahu bila tarikh lamaran baharu akan diusul.

Namun demikian Anang menegaskan bahawa hubungannya dengan Ashanty sangat serius. Mereka memiliki niat serius untuk segera membangun mahligai pernikahan.

Sementara itu, Ashanty sendiri berkata, jika pernikahan antara dia dan Anang terjadi, dia mahu mempersiap diri dengan sebaik mungkin.

Katanya ringkas: “Insya-Allah saya mahu ini (pernikahan) menjadi yang pertama dan terakhir.”

Anang pula memberitahu selepas rasmi bernikah nanti dirinya akan memberi waktu kepada si isteri untuk belajar berumah tangga.

No comments:

Post a Comment