Thursday 15 September 2011

Baca al-Quran digital tanpa wuduk

Soalan
APAKAH hukum membaca al-Quran digital tanpa mengambil wuduk terlebih dulu?

HASBULLAH,Rawang

Jawapan
Membaca al-Quran tidak disyaratkan sah bacaannya dengan wuduk, ertinya harus membaca al-Quran tanpa wuduk. Pertikaian timbul soal adakah wajib berwuduk untuk memegang al-Quran.

Perbezaan pandangan ini bermula daripada tafsiran ayat 79 surah Al-Waqi’ah iaitu: “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci”.

Ada ulama mengatakan ayat ini dalil wajib berwuduk apabila hendak menyentuh al-Quran dan ada yang berpandangan maksud suci dalam ayat itu adalah malaikat dan ia berlaku di Loh Mahfuz.

Hukum fiqah menggalakkan pembaca mengambil wuduk untuk menyentuhnya, namun ia hanya pada al-Quran mashaf dan tidak termasuk al-Quran digital.sumber metro

No comments:

Post a Comment