Thursday 15 September 2011

Belasah majikan guna rantai besi

Belasah majikan guna rantai besi, AMPANG: Seorang majikan cedera di bahagian badan selepas dipukul dengan rantai besi oleh bekas pekerjanya yang menuntut wang gaji dalam kejadian di Pandan Mewah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun kerugian RM5,000 apabila bekas pekerjanya memecah cermin kereta Honda CRV menggunakan rantai pengunci motosikal.


Mangsa, Wong, 36, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu juga cuba mencederakannya menggunakan parang, namun sempat mengelak dan melarikan diri.

Katanya, dia terkejut lelaki terbabit tiba-tiba menyerangnya dengan rantai besi tanpa berbincang.


“Saya terkejut dengan kedatangannya, tetapi cuba menenangkan dirinya dan mahu berbincang, namun tiba-tiba dia mengamuk mengambil rantai besi lalu melibas ke cermin kereta sebelum memukul badan saya.


“Nasib baik saya sempat melarikan diri, kalau tidak mungkin cedera teruk di bahagian badan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengamuk kerana mahu menuntut wang gajinya, padahal dia melarikan diri dengan berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa memberi notis.


“Saya cuba menghubunginya untuk bertanya hal itu, namun dia menutup telefon dan muncul di rumah saya sambil marah-marah kepada isteri sebelum memukul saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.sumber metro

No comments:

Post a Comment