Thursday 15 September 2011

Cara Tambah Air mani berkurangan

Jawapan
SAYA berumur 37 tahun dan mengalami masalah berkaitan kuantiti air mani, di mana ia berkurangan saban hari. Apa harus dilakukan bagi memperbanyakkan kuantiti air mani? Adakah rawatan dan ubat-ubatan untuk menangani masalah ini?

LELAKI RUNSING


Soalan

Air mani mengandungi campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi Cowpers, pundi kecil dalam mukosa salur kencing, pundi epididimis dan sperma dari buah zakar.

Kandungan sperma anda dalam lingkungan dua hingga lima peratus manakala 70 peratus cecair datang dari pundi prostat, 20 hingga 25 peratus cecair dari pundi seminal dan yang lain datangnya dari pundi yang saya sebutkan nama tadi.

Isi padu air mani menjadi tinggi apabila seseorang lelaki jarang mengeluarkan air maninya. Jika dia kerap bersetubuh atau onani, isi padu air mani menurun.

Semua ini perkara semula jadi. Bagaimanapun, isi padu air mani boleh ditingkatkan jika pasangan itu melakukan adegan ‘foreplay’ atau pemanasan untuk jangkamasa panjang.

Dalam keadaan begitu, darah mengalir dalam pundi terbabit dan proses penghasilan cecair menjadi mantap. Air mani yang keluar kelihatan lebih banyak.

Cara berkesan untuk mengenal pasti isi padu air mani ialah melalui ujian air mani. Kajian juga menunjukkan lelaki yang memakan makanan kekacang antaranya badam, dal dan kacang pista yang banyak mengandungi zat galian zink, vitamin E dan selenium dapat membantu menambah isi padu air mani.

Kajian terbaru mengenai pengambilan ekstrak Tongkat Ali yang berdaftar sebagai Nu-Prep100 juga didapati dapat membantu meningkatkan isi padu air mani. Ini kerana tindak balasnya kepada penghasilan tahap hormon testosterone, selain meningkatkan metabolisma sel pepundi untuk kecergasan pundi berfungsi dengan mantap dan kandungan antioxiden tertinggi.

Tanpa ujian air mani, anda tidak akan tahu jika masalah anda benar-benar masalah kekurangan air mani. Untuk mengetahui dan mengenal pasti masalah ini, air mani anda perlu disukat.sumber metro

No comments:

Post a Comment