Thursday 15 September 2011

Hamil selepas 6 Bulan bersalin | Subur walaupun tak datang bulan

Soalan
KAKAK saya baru melahirkan anak sulung. Selepas usia bayinya mencapai enam bulan, dia disahkan hamil kali kedua.

Masalahnya, dia belum pernah didatangi haid sejak lepas bersalin. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku?

Adakah selamat untuk mengadakan hubungan seks tanpa langkah pencegahan hamil selepas bersalin? Adakah perlu mengamalkan langkah pencegahan kehamilan sejurus mula melakukan seks selepas bersalin walaupun belum didatangi haid?

NUR,Shah Alam

Jawapan
SESEORANG ibu mulai subur seawal dua minggu selepas bersalin. Tidak didatangi haid tidak bermakna wanita tidak subur.

Sekiranya ibu terbabit mengamalkan penyusuan badan eksklusif (sepenuhnya atau hampir sepenuhnya), ia dapat mengelakkan kehamilan dengan syarat ia tidak didatangi haid serta bayi itu berusia di bawah empat bulan. Kaedah ini dinamakan kaedah penyusuan amenorea (LAM).

Jika kakak anda tidak mengamalkan kaedah LAM, dia sebenarnya sudah subur walaupun tidak didatangi haid. Terdapat banyak kaedah pencegah kehamilan yang berkesan seperti pil berhormon, suntikan hormon, alat dalam rahim, implan dan seumpamanya.sumber metro

No comments:

Post a Comment