Thursday 15 September 2011

Samak kucing bergaul dengan anjing

Soalan
KELUARGA saya membela beberapa ekor kucing dan kami juga memberi makan kepada kucing liar yang sering datang ke rumah, malah turut membiarkannya bebas keluar masuk ke dalam rumah. Masalahnya, baru-baru ini kami lihat kucing berkenaan bermain dengan anjing. Adakah kucing itu najis untuk dibawa masuk ke rumah dan dipegang? Jika najis, bagaimana cara menyucikannya?

KIKI
Jasin, Melaka


Jawapan
Kucing adalah haiwan yang suci untuk disentuh dan anjing adalah binatang yang perlu disamak jika tersentuh.

Jika kucing dan anjing bermain bersama dalam keadaan kedua-duanya kering, tidak perlu disamak kucing berkenaan untuk disentuh.

Sebaliknya jika basah satu daripadanya dan saudari melihat kejadian itu, jangan menyentuh kucing itu kerana ia perlu disamak terlebih dulu.sumber metro

No comments:

Post a Comment