Friday 16 September 2011

Tidak yakin nak kahwin

Soalan
SAYA mengalami satu masalah yang agak serius dan menyebabkan saya kurang berkeyakinan untuk berkahwin. Masalah saya di sini ialah berkenaan dengan buah zakar.

Sebelum saya berkhatan iaitu ketika berumur 10 tahun, saiz buah zakar saya normal. Tetapi selepas bersunat saya mengalami masalah buah zakar seolah-olah buah zakar sebelah kiri seakan-akan pecah kerana tidak mempunyai bentuk dan kadang kala ianya kembali normal seperti biasa.

Seingat saya kali pertama terjadi selepas berkhatan dan saya menganggap ia terjadi disebabkan ubat bius yang dicucuk pada buah zakar. Namun, apa yang merisaukan saya ialah adakah peluang untuk mendapat zuriat tipis dan adakah saya akan mengalaminya seumur hidup?

Ingin Tahu


Jawapan

Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dalam kerandut buah zakar. Jarang kali terdapat lelaki yang mempunyai satu buah zakar saja dan paling jarang, tiada buah zakar dalam kerandut.

Terdapat juga lelaki yang mendapati beberapa ketulan macam buah zakar dalam kerandut yang membuatkannya berfikir bahawa dia mungkin mempunyai lebih daripada dua buah zakar!

Lelaki yang peka tentang bentuk dan saiz buah zakar tidak rasa was-was mengenainya kecuali bentuk dan saiz buah zakarnya luar biasa. Jika saiz dan bentuk buah zakar sebesar ibu jari kaki, sekurang kurang 2/3, maka buah zakar itu dianggarkan normal kecuali lelaki itu was-was dan dia perlu mendapat rujukan doktor.

Pendek kata, apa-apa masalah berkaitan dengan kedudukan buah zakar, saiz dan bentuk serta keadaan buah zakar kesemuanya perlu dirujuk kepada doktor. Jangan pula berjumpa dukun atau bomoh.

Perkara yang saya amat khuatir ialah apabila buah zakar itu radang atau bengkak, ia diurut atau di tuam dengan air panas. Sudah tentu proses itu boleh merosakkan buah zakar.

Keradangan buah zakar perlu di tuam dengan pek ais dan segera dirujuk kepada doktor. Anda membuat keputusan tidak mahu berkahwin kerana khuatir bahawa anda mungkin mandul kerana kedua-dua buah zakar anda tidak normal.

Anda sepatutnya merujuk perkara ini kepada doktor yang pakar dalam bidang kesihatan lelaki atau yang tahu mengendalikan masalah lelaki untuk menjalani pemeriksaan dan kepastian tentang keadaan buah zakar anda itu.

Anda boleh jumpa mana-mana doktor keluarga dan jika doktor itu tidak dapat mengesahkan kedudukan kesuburan anda, anda minta dirujukkan kepada pakar. Bukan anda seorang sahaja yang bersikap begini.

Jangan malu untuk menjalani pemeriksaan kerana ia adalah tindakan yang salah. Tanpa kepastian doktor atau pakar yang berkenaan, tidak lelaki itu mungkin mengambil keputusan menghancurkan masa depannya.

Jika perlu, anda harus berjumpa doktor pakar untuk pengesahan dan sekiranya ada sesuatu yang ganjil sudah pasti doktor pakar akan syorkan rawatan yang sewajar. Jadi jangan mudah putus asa!sumber metro

No comments:

Post a Comment