Friday 16 September 2011

Premis simpan minyak terbakar di perindustrian Bandar Armada Putra


anggota bomba melintasi api yang sedang marak membakar stor minyak enjin dekat Pelabuhan Klang semalam.

PELABUHAN KLANG – Sederet lima buah rumah kedai di kawasan perindustrian Bandar Armada Putra musnah dalam satu kebakaran di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang di Lorong Sungai Chandong 12A di sini, dipercayai membabitkan premis yang digunakan sebagai stor penyimpanan minyak enjin.

Seorang saksi warga Nepal yang berkerja di premis berhampiran, Arjun Ramm, 32, berkata, dia terbau asap dan menyangka ia berpunca daripada sampah dibakar.

"Selepas keluar kedai, saya dapati api telah mula menjulang tinggi kemudian terdengar pula lebih 10 letupan menyebabkan saya memanggil rakan sekerja lain menyelamatkan diri," katanya.sumberkosmo

No comments:

Post a Comment